Sunday 1 September 2013

Ketujuh.

Wujudnya usahawan tudung yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.


Aku bukan nak mempertikaikan semangat orang nak berniaga, tapi yang aku perasan ada yang berniaga semata-mata nak untung je.

Tudung yang dijual semua singkat, jarang, warna kemain terang lagi.

Bila tak cukup meter, lilit sekali pun dah nampak dada. Itupun ramai yang beli. Sebabnya? Model yang gayakan tudung tu nampak comel.

Bila Kak Kiah beli, try pakai sebijik macam model tu, langsung tak jadi.

Si Princess Amanda II tu pun beli sebab nak comel macam model tudung tu. Sekali bila dia lilit langsung tak jadi. Rasa tercekik pulak yang dia dapat.



****

Kalau spesis yang pakai tudung tiga lapis jenama Rafeeeeeeeeda tu, aku tak masukkan diorang dalam kategori hijabster.

Tapi dia ada satu special kategori iaitu MakcikMakcik. Sebabnya aku nampak selain makcik-makcik yang pakai tudung ni, pekerja kerajaan pun ramai jugak yang tolong mengkayakan makcik Fareeeeeeda. (maaflah kalau tak cukup harkat).

Udah-udahlah membodohkan diri. Jenama tu bukan main mahal lagi. Berlapis-lapis tapi jarang dan pendek?

Ape kejadah kau spend RM200 untuk 'tudung' yang langsung tak menepati syarat menutup aurat?

Pffttt je la aku bagi.

Keenam.

Ikon hijabster.

Diana Amir, Heliza Helmi, Yatt Hamzah.

Tiga ni cukup sinonim dengan geng hijabster. Kiranya tak lengkap la pengertian hijabster kalau tak de koleksi bergambar dengan tiga ikon tu.

Aku takde nak condemn diorang pun, walaupun ada kalanya warna yang dipilih terlalu terang.

Jadilah contoh yang baik wahai ketiga-tiga ikon. Jangan sebarkan lagi budaya hijabster ni. Jangan galakkan adik-adik yang baru mengenal dunia tentang budaya ini.

Galakkan pemakaian tudung labuh dan besar serta jubah longgar.


Kelima.

Bila hijabster perasan selebriti.

Kalau bukak instagram, memang pening kepala tengok pose hijabster ni. Semua perasan macam supermodel.

tak cukup upload gambar untuk tatapan follower sendiri, siap bubuh hashtags berjela-jela.

#hijab #hijabster #shawl #ootd #vscocam #modest

Ooppsss, #modest?

are you sure? Seriously?

*****

modest apa kalau dok pose siap terjuih bibih, siap besarkan mata nak nampakkan mata yang galak. tu tak tengok lagi yg pakai contact lense pelesu.


Friday 30 August 2013

Keempat.

Wujudnya majalah Vogue versi 'Muslimah'

Hijabista.

Urghhhhh! Serious aku meluat sangat dengan majalah ni.

Pernah sekali try selak, itupun sebab kakak kat opis ni yang beli.

Blerghhhh! Nak pengsan rasa!



***

Try baca link ni:

http://kakchik.com/?p=1559


Ketiga.

Kalau google perkataan hijabster, memang bersepah blog yang buat entri pasal spesis ni.

Kalau yang sama pesen, memang akan puji melambung spesis ni atas alasan:

"Mereka menutup aurat"

Ini antara link yang aku rasa menarik menterjemah perkataan hijabster ni.

1) http://www.blogkencang.com/2012/04/kenali-puak-puak-kecil-dalam-kaum.html

2) Ini paling legend:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2011/12/15/how-to-spot-a-hijabster/


****




Scarflets?

Pffttt.

Kedua.

Ada sebab kenapa aku mulakan blog ini.

Aku sedih dengan kaum perempuan yang buta-buta ikut kehendak fesyen.

Nak cantik konon, masalahnya tak cantik.

Faham tak?

Tak cantik!

Tolonglah faham pengertian menutup aurat.

Tutup aurat, bukan balut aurat.

Pakai tudung dengan betul, bukan main singkap sana sini.


*****

Aku tahu ada yang akan kondem kata aku nasihat cara tak berhikmah.

Biar orang lain nasihat cara hikmah, aku tak anggap aku sedang memberi nasihat pun. Memang aku meluat sangat dengan spesis ni.



Intro

Nothing much.

This particular blog is meant for hijabster.

Be careful, I'm watching you.


Unless, you get back to fitrah.